fbpx

118 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Negara melaporkan 118 kes kematian Covid-19 dengan 14 daripadanya direkodkan bagi tempoh 24 jam semalam, demikian data dipaparkan pada laman web CovidNow.

Menurut maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, daripada jumlah tersebut sebanyak 27 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan kes BID sebanyak 5,367 kes.

Sementara itu, pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan juga berkurangan kepada 150,317 kes berbanding kelmarin.

“Ia melibatkan 123,413 kes dikuarantin di rumah, 17,137 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,907 kes di hospital, 382 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 478 kes di ICU dengan bantuan pernafasan,” menurut laman web tersebut di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI