fbpx

SOP umrah diumum bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Marzuk (tengah) menyampaikan sumbangan replika cek bernilai RM20.000 kepada Siti Rugayah sambil disaksikan oleh Rahayu (kiri) di PUSPEN, Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Mekanisme dan prosedur operasi standard (SOP) terkini berkaitan ibadat umrah melibatkan umat Islam dari negara ini akam diumumkan selewat-lewatnya bulan depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, mekanisme dan SOP baharu perlu dirangka seiring dengan perkembangan terkini pandemik serta norma baharu.

Menurutnya, mekanisme dan SOP itu dirangka bagi menjamin keselamatan demi menjaga kepentingan jemaah umrah.

“Penghantaran jemaah ke tanah suci dan SOP norma baharu bagi mengerjakan ibadah umrah berkenaan akan ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui agensinya, Jabatan Wakaf Haji dan Umrah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan cek berjumlah RM20,000 kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah PUSPEN, Siti Rugayah Ismail dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rahayu Ahmad.

Sumbangan tersebut disampaikan bagi membolehkan 195 pelatih di pusat berkenaan menjalankan aktiviti bercucuk tanam secara hidroponik.

Mengulas lanjut Ahmad Marzuk berkata, operasi dan kuota untuk penghantaran jemaah bagi ibadah umrah bergantung kepada kelulusan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Sekiranya Arab Saudi memberi keizinan 100,000 orang jemaah sehari untuk melakukan ibadah umrah, ia satu jumlah yang sangat besar.

“Kita akan mematuhi ketetapan oleh kerajaan Arab Saudi. Mungkin ada beberapa pecahan untuk negara Asia termasuk Malaysia dan lain-lain negara,” ujarnya.

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah kini dinaikkan kepada 100,000 orang bermula kelmarin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI