fbpx

Korban cecah 700,000, Biden rayu warga AS divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden menyifatkan angka kematian akibat Covid-19 di AS sesuatu yang menyakitkan. - UPI

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden merayu kepada penduduk negara itu yang masih lagi ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin supaya segera  berbuat demikian, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Biden berkata demikian kelmarin selepas AS mencatat 700,000 kematian akibat Covid-19 yang disifatkan sebagai ‘pencapaian yang menyakitkan’.

“Kita tidak seharusnya mengetepikan kesedihan ini. 

“Kita mengingati mereka yang terkorban akibat pandemik dan mendoakan kesejahteraan mereka yang kehilangan ahli keluarga,” kata Biden menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan White House.

Beliau menegaskan bahawa AS telah mencapai kemajuan dalam melawan Covid-19 semenjak lapan bulan lalu kerana kewujudan vaksin.

Kira-kira 300,000 kematian akibat Covid-19 direkodkan sebelum kempen vaksinasi  dilancarkan pada Disember 2020.

Namun, 400,000 kematian lagi direkodkan sejak 10 bulan lalu, menjadikan kadar kematian bulanan selepas pelancaran vaksin lebih tinggi berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.

Biden bagaimanapun masih menegaskan bahawa ‘jumlah kematian yang tinggi merupakan satu lagi peringatan betapa pentingnya mendapatkan suntikan vaksin.’

“Sekiranya anda belum mendapatkan vaksin, sila berbuat demikian.

 “Ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI