fbpx

Daripada 86 katil ICU Covid-19, kini 12 saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Keadaan unit rawatan rapi (ICU) yang merawat pesakit Covid-19 di sebuah hospital di ibu negara dilaporkan semakin stabil apabila hanya menempatkan sebanyak 12 buah katil sahaja berbanding 86 unit sebelum ini.

Mendedahkan situasi itu, pakar bius dikenali sebagai Dr. Hana Hadzrami berkata, pada masa sama, ICU Covid-19 juga hanya berjumlah satu unit sahaja berbanding enam sebelum ini.

Menurutnya, pihak hospital juga sudah membuka ICU kepada pesakit bukan Covid-19 secara beransur-ansur.

“Dulu waktu pandemik memuncak dan fasa 3 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) rancak dijalankan di Lembah Klang, memang ada sebahagian kecil pesakit yang divaksin masuk ICU, mereka dijangkiti sebelum cukup dua dos.

“Sekarang hanya orang tolak vaksin sahaja berada di ICU Covid-19, ada juga seorang pesakit vaksin penuh yang terlibat kemalangan teruk namun kebetulan positif, dia hanya kategori 1,” katanya tadi.

Jelasnya, peralihan Lembah Klang ke Fasa 3 dan kebenaran rentas negeri kelak akan menjadi masalah besar buat golongan antivaksin yang akan pulang ke kampung.

“Ia akan jadi masalah besar untuk golongan antivaksin apabila mereka akan sebarkan Covid-19 dan menjangktii ibu bapa mereka yang juga antivaksin.

“Maka ramailah nanti orang tua tidak divaksin yang sebelum ini dilindungi oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masuk ICU dengan kategori 5. Sekali masuk memerlukan sebulan atau dua bulan rawatan, ada yang sembuh, ada menemui ajal,” jelasnya.

Sementara itu, Dr. Hana juga menjelaskan hospital lain bakal menghadapi situasi sama seperti pihaknya apabila liputan vaksinasi bertambah dan mengingatkan petugas barisan hadapan untuk terus bersabar. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI