IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan keputusan penjualan secara tender terbuka tapak Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan bukan diputuskan secara individu.
Sebaliknya, ia keputusan bersama oleh barisan Exco kerajaan negeri termasuk Menteri Besar ketika ini, Datuk Saarani Mohamad.
“Betul, keputusan itu (penjualan) dibuat sewaktu zaman saya dan ketika itu Datuk Saarani duduk di sebelah kanan saya dalam menyuarat Exco. Kami sama-sama membuat keputusan, saya tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian.
“Jadi, saya harap kerajaan negeri jangan cakap saya buat keputusan seorang. Awak juga duduk dalam mesyuarat dan kita buat keputusan secara bersama.
“Jangan tuduh orang lain kerana keputusan yang dibuat secara bersama. Apakah sewaktu kita dalam kerajaan, kita tidak setuju sesuatu perkara dan diam. Itu maknanya tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi keluarga yang memerlukan bantuan rumah di Manjoi di sini hari ini.
Mengulas lanjut kata Ahli Parlimen Tambun itu, keputusan tersebut dibuat kerana tiada sebarang bantahan dalam kalangan Exco mahupun orang awam ketika cadangan pembatalan tanah rizab istana itu diadakan Januari lalu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929