fbpx

Perkeso Terengganu lunas RM1.3 juta tuntutan kuarantin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farihah (dua dari kanan) menyampaikan faedah Perkeso kepada salah seorang waris pencarum yang telah meninggal dunia di Wisma Perkeso Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 910 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di negeri ini yang menjalani kuarantin akibat jangkitan Covid-19 telah menerima bayaran faedah di bawah Skim Bencana Pekerja.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, faedah itu melibatkan pembayaran keseluruhan berjumlah RM1.3 juta sehingga akhir bulan lalu.

“Secara keseluruhan Perkeso negeri menerima 1,300 kes tuntutan kuarantin daripada individu yang layak dan kita telah selesaikan 70 peratus daripada kes tersebut.

“Baki yang belum dilunaskan adalah kes tuntutan baharu dan setiap proses pembayaran mengambil masa tujuh hari bekerja,” katanya selepas program Hari Perkeso sambutan Jubli Emas 50 Tahun peringkat Terengganu di sini hari ini.

Farihah berkata, bagi kes kematian pula sebanyak 30 tuntutan yang layak menerima bayaran faedah telah diterima Perkeso Terengganu.

Jelasnya, dianggarkan RM105,000 telah diperuntukkan pihak Perkeso negeri bagi tujuan pembayaran kepada waris pencarum yang meninggal dunia akibat Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI