fbpx

KKM tunggu laporan vaksin Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu hasil laporan terkini vaksin Sputnik V yang dibangunkan Rusia bagi mengubati penularan wabak Covid-19.

Timbalan Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, laporan diterima setakat ini menyatakan vaksin tersebut belum didaftar dan dalam ujian klinikal fasa tiga.

“Ini bermakna, daripada fasa klinikal yang perlu dilalui sesuatu vaksin sebelum ia diluluskan adalah masih belum mencukupi.

“Jadi, kita masih menunggu laporan seterusnya daripada Rusia berkenaan vaksin itu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang mahu mengetahui pendirian kerajaan berhubung vaksin terbabit.

Sebelum ini, Presidennya, Vladimir Putin menyifatkan Rusia muncul negara pertama mendaftarkan vaksin Covid-19 selain disambut secara berhati-hati saintis dunia berikutan merasakan ia perlu kajian terperinci.

Difahamkan, ujian terhadap vaksin itu membabitkan seramai 40,000 orang akan dijalankan bermula minggu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI