SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan mengambil pendekatan berbeza pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 kali ini dengan mengadakannya secara hibrid dan fizikal setelah mengambil kira situasi serta keadaan semasa negara.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd. Azhari Mohammad berkata, biarpun berhadapan dengan pandemik, pihak kementerian menggunakan sistem pendigitalan dalam aktiviti yang dirancang secara virtual untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara (HSN2021) serentak di seluruh negara.
“Seperti mana Mega Aerobic selama lima jam dengan 10,000 penyertaan yang akan dipantau menerusi sistem tersebut, begitu juga acara Virtual Run. Ia dipantau menerusi penyelarasan di peringkat urus setia sekali gus memudahkan peserta acara tersebut.
“Bagaimanapun, untuk menyertai kesemua acara dan aktiviti yang disediakan bersempena HSN kali ini, mereka perlulah mendaftarkan diri menerusi www.harisukannegara.my bagi membolehkan mendapat sijil penyertaan secara digital,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929