fbpx

Kabel KM 138 rosak punca Jambatan Pulau Pinang bergelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan elektrik Jambatan Pulau Pinang kembali pulih hari ini.

GEORGE TOWN – Bekalan elektrik di atas Jambatan Pulau Pinang yang mengalami gangguan pada malam Jumaat lalu kembali berfungsi sepenuhnya pagi tadi.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Syed Mohammed Idid berkata, bekalan elektrik di jambatan berkenaan kembali normal pada pukul 3.19 pagi tadi selepas punca gangguan dikenalpasti dan diperbaiki.

“Hasil siasatan kami mendedahkan kerosakkan kabel di Kilometer (KM) 138 Lebuh Raya Utara-Selatan (dekat Perai) menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol pada hari Jumaat.

“Namun, kabel ini telah berjaya dibaiki dan operasi kembali normal sepenuhnya, keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan pelanggan sepanjang perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Jambatan Pulau Pinang dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pada pukul 8.23 malam pada Jumaat sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI