fbpx

Prestasi semasa buat Klopp idam trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL kembali berjaya membentuk skuad yang mantap musim ini selepas mendapatkan khidmat tonggak utama yang cedera musim lalu. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui prestasi yang dipamerkan oleh para pemainnya ketika ini adalah menyamai apa yang mereka lakukan ketika muncul juara Liga Perdana Inggeris pada musim 2019/20 lalu.

The Reds menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas selepas enam perlawanan dan mereka kini berazam untuk mengekalkan rekod tanpa kalah buat kali ke-19 berturut-turut apabila turun melayan kunju­ngan Manchester City di Anfield malam ini.

Selepas dilanda krisis kecede­raan yang meruncing musim lalu sehingga gagal mempertahankan gelaran, Klopp kembali mendapat skuad yang mantap musim ini sekali gus memudahkan tugasnya untuk kembali merampas kejuaraan.

Saingan pada bulan lalu me­nyaksikan Liverpool berjaya meledak 20 gol dalam semua kejohanan sekali gus memberikan keyakinan buat Klopp untuk mengulangi pencapaian dua musim lalu.

“Kami kembali mendapatkan khidmat semua pemain utama tetapi apa yang jelas adalah kem pramusim yang membuatkan prestasi pemain yang kembali melonjak kerana mereka semua terlibat.

“Buat masa sekarang kecuali ketika menentang Brentford, kami mempunyai skuad yang stabil ketika bertahan kerana semua pemain terlibat untuk melakukan kerja-kerja itu begitu juga ­ketika kami menyerang.

“Musim lalu kami hilang rentak kerana pemain pertahanan cedera, kami terpaksa menggunakan pemain tengah di bahagian ­benteng tetapi kini semua pemain sudah kembali dan kami semakin hampir untuk ­mendapatkan prestasi se­perti ­ketika kami memenangi ­kejuaraan ­sebelum ini,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI