fbpx

2,159 pelajar di Langkawi hadir kelas bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar SMK Mahsuri bersalaman dengan ibunya pada hari pertama sekolah dibuka di Langkawi, hari ini. GAMBAR HIASAN

LANGKAWI – Seramai 2,159 pelajar dari 38 sekolah rendah dan menengah di pulau ini terlibat dalam sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula hari ini berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sekolah di sini dibuka mengikut ketetapan negeri Fasa 4 PPN berikutan pelaksanaan gelembung pelancongan sejak 16 September lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad berkata, seramai 1,028 pelajar tingkatan lima dari enam sekolah di sini terlibat dalam sesi persekolahan secara penggiliran.

“Selain itu terdapat seramai 138 pelajar tingkatan enam semester dua dari dua sekolah di sini hadir ke sekolah secara bersemuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, selain pelajar kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pelajar di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta prasekolah juga dibenarkan untuk hadir ke sekolah bermula hari ini.

“Seramai 140 pelajar PPKI dari lima sekolah menengah dan 136 pelajar PPKI dari enam sekolah rendah dibenarkan hadir tanpa penggiliran,” ujarnya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI