fbpx

Amaran ribut petir di Sabah, Labuan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Beberapa kawasan di dua negeri masing-masing melibatkan Sabah dan Labuan menerima amaran ribut petir dan hujan lebat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir itu meliputi keseluruhan Labuan manakala sebahagian kawasan di Sabah.

“Di Sabah, antara kawasan terlibat termasuklah pedalaman Sipitang,Kuala Penyu dan Beaufort selain Papar, Putata , Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran,” katanya tadi.

Beberapa hari lalu, lebih 1,600 penduduk di sekitar Johor Bahru, Johor terjejas setelah kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat yang berlaku.

Kejadian banjir kilat yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi itu menyebabkan beberapa kawasan terjejas antaranya Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Laut, Skudai; Jalan Permatang dan Jalan Denai Utama di Kempas.

Beberapa gambar yang tular di media sosial turut menunjukkan beberapa kawasan di pusat bandar Johor Bahru turut terkesan akibat banjir kilat itu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI