PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melakukan semakan dengan pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berhubung masalah gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sejak semalam.
Menurut TNB, hasil semakan itu mendapati gangguan berpunca dari pihak PLUS yang sedang giat melakukan operasi pemulihan bekalan.
“Pengujian atas bekalan yang disalurkan TNB ke jambatan pula mendapati kabel TNB berada
dalam keadaan baik dengan bekalan sedia untuk dibekalkan.
“TNB sedang memberikan kerjasama kepada PLUS dan sentiasa bersedia bagi membolehkan bekalan dikembalikan sepenuhnya setelah kerja-kerja baik pulih oleh PLUS selesai,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Semalam, pengguna di Jambatan Pulau Pinang terpaksa bergelap selepas jambatan utama yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai itu mengalami gangguan bekalan elektrik.
Terdahulu, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, pihaknya mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak pukul 8.23 malam. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929