fbpx

Wad Covid-19 ditutup, staf hospital anjur bacaan yasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan staf mengadakan majlis bacaan yasin sempena penutupan wad Covid-19 di sebuah hospital di Selangor baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebuah klip video memaparkan sekumpulan petugas barisan hadapan di sebuah hospital mengadakan majlis bacaan yasin sempena penutupan wad Covid-19 menyentuh hati ramai pengguna media sosial sejak semalam.

Menerusi perkongsian seorang pemilik akaun bernama @kakbett, majlis itu diadakan semalam sebagai tanda kesyukuran kerana wad berkenaan akan mula beroperasi sebagai wad biasa.

“Alhamdulillah hari ini (semalam) dengan rasmi wad kami sudah ditutup untuk Covid-19 dan akan mula beroperasi sebagai wad biasa.

“Hari ini kami buat bacaan yasin dan majlis kesyukuran. Terima kasih Allah,” tulis jururawat itu dalam kapsyen video berkenaan.

Beberapa hari sebelum itu, dia turut memuat naik video menyatakan, sebuah wad kanak-kanak yang dijadikan wad Covid-19 kelihatan agak lengang berikutan bilangan pesakit Covid-19 yang semakin berkurangan.

“Alhamdulillah lagi beberapa hari wad kanak-kanak akan jadi seperti dulu-dulu. Tidak sabar hendak tengok wad kembali seperti sedia kala. Semoga Covid-19 terus lenyap di muka bumi ini,” ujarnya.

Perkongsian itu ditonton lebih 50,000 kali dengan rata-rata netizen berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sedia berkorban masa dan tenaga dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Terima kasih semua. Besarnya jasa dan pengorbanan kalian. Hanya Allah dapat membalas segala kebaikan,” komen @wardahkasim.

“Terima kasih semua jururawat di mana jua anda berada. Terutamanya yang pernah melayan saya dengan baik ketika di hospital walaupun saya warga asing,” ujar @mohdsyafique.

“Sebak pula. Terima kasih petugas barisan hadapan atas semua jasa. Semoga dipermudahkan urusan kalian,” kata @ezzafaez. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI