fbpx

Cemas lihat dua ekor harimau kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mumtaz menunjukkan lokasi dua ekor harimau kumbang yang dilihatnya dalam kejadian di kawasan kebun bersebelahan rumah ibu saudaranya ketika ditemui pemberita di Kampung Batu Chondong, Juasseh, di sini, tadi.

KUALA PILAH – Seorang wanita cemas apabila melihat kelibat dua ekor harimau kumbang kira-kira 100 meter dari kediaman ibu saudaranya, Shahizan Rais, 60, di Kampung Batu Chondong, Juasseh, di sini, malam semalam.

Mumtaz Ahmad, 36, berkata, sehari sebelumnya, mereka sekeluarga juga ternampak seekor harimau kumbang berlegar-legar berhampiran kawasan kebun sekitar pukul 6.30 petang dan tidak menyangkakan haiwan yang sama datang buat kali keduanya bersama seekor lagi harimau kumbang.

Menurutnya, dalam kejadian terbaharu semalam iaitu sekitar pukul 7.30 malam, mereka terdengar bunyi salakkan anjing yang dipelihara bagi menjaga kebun durian serta ternakan mereka serta mula berasa tidak sedap hati dan segera mencari lampu suluh bagi meninjau keadaan persekitaran susulan hari sudah gelap.

“Masa tu hairan juga bila lembu seolah-olah memandang sesuatu dan setelah diperhatikan dengan bantuan lampu suluh, kami melihat dua ekor binatang berwarna hitam seakan-akan harimau kumbang.

“Sememangnya sejak awal tahun lalu kami ada ternampak kelibat harimau, namun, tidak pernah nampak dalam jarak sehampir ini serta sudah mula berada dalam kawasan kebun berpagar ibu saudara saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Batu Chondong, Juasseh, di sini, tadi.

Mumtaz berkata, sejak 21 Mac lalu hingga 11 September lepas sudah tujuh ekor kambing milik mereka lesap dan disebabkan kejadian semalam, mereka percaya kehilangan berkenaan adalah disebabkan menjadi makanan harimau kumbang.

Menurutnya, ibu saudaranya sendiri sudah empat kali ternampak harimau kumbang berkenaan iaitu dua kali di musim durian dan kejadian semalam serta kelmarin.

“Kami sangat berharap agar pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan dapat mengambil langkah memasang perangkap bagi haiwan berkenaan kerana bimbang dengan keselamatan kami sekeluarga serta haiwan ternakan.

“Ikutkan bukan hanya haiwan ternakan kami sahaja yang lesap, ada juga penduduk lain berhadapan dengan masalah yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan NS, Wan Mat Wan Harun mengesahkan pihaknya ada menerima aduan berkenaan dan telah memasang satu perangkap kamera bagi mengesan kehadiran harimau kumbang kawasan kebun pengadu hari ini.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada binatang berkenaan merupakan harimau kumbang susulan hanya menemui tapak musang sahaja di lokasi tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI