fbpx

267 polis mengundi awal esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 267 orang anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim esok. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 267 orang anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, semua anggota terbabit akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim dan Pusat Pengundian Awal akan dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada garis panduan pencegahan Covid-19 yang berkuatkuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka separuh, penggunaan pensanitasi tangan dan saringan suhu badan akan dilaksanakan.

“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang telah dilantik oleh SPR.

“Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook SPR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin memberitahu, peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Muallim.

Jelas beliau, pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian Sabtu ini di pusat pengiraan undi di Bilik Menunggu, Aras 3, Majlis Daerah Tanjong Malim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI