fbpx

Tunggu rentas negeri, rumah jadi abu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON KI (kiri) menunjukkan barisan rumah yang musnah dalam kebakaran bersama Raymond di Kampung Baru Karak, Bentong malam kelmarin.

BENTONG – Harapan seorang pemuda untuk pulang ke rumahnya selepas hampir dua tahun tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hancur berkecai selepas rumahnya musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru Karak di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu sebanyak 51 buah rumah dan lapan buah kedai musnah dalam kejadian kebakaran yang bermula dari sebuah rumah di lorong dua kampung ber­kenaan.

Raymond Wa, 27, berkata, hatinya begitu hancur apabila mengetahui rumah tempat kelahirannya musnah sekelip mata bersama pelbagai barangan yang disimpannya.

“Hampir dua tahun tidak balik, saya memang sentiasa ternan­ti-nanti kebenaran rentas negeri untuk pulang ke kampung dan bercuti di rumah kelahiran, namun hari ini (semalam) saya dapat balik rumah dah jadi abu.

“Saya amat sedih, banyak kenangan di rumah dan barang kenangan seperti gambar masa kecil dan gambar konvokesyen semuanya hilang sekelip mata dan keluarga saya kini terpaksa menum­pang,” katanya di sini ­semalam.

Bapa kepada Raymod iaitu Wa Soon Ki,60, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan bara­ngan berharga dan hanya sempat mengambil dompet dan tinggal seluar pendek yang dipakainya ketika keluar dari rumah.

“Saya keluar dari rumah selepas dengar orang panggil dan ada api marak di rumah depan, saya suruh isteri keluar dan saya cuba sembur api dengan air paip agar tidak me­rebak tetapi api terlalu kuat.

“Saya tidak sempat ambil apa-apa barang sebab api sangat marak, saya hanya tinggal sehelai sepinggan,” ujarnya.

Katanya, kehilangan rumah warisan sekelip mata membuatkan perasaannya kini kosong apatah lagi memikirkan untuk membina semula rumah dalam keadaannya pendapatannya sebagai peniaga gerai agak terjejas pada masa ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, ­tiada kemalangan jiwa dilapor­kan dalam kejadian itu dan ­punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI