fbpx

Wanita jadi kontak kasual lepas lupa ‘check-out’ MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aplikasi MySejahtera seorang wanita yang bertukar kepada warna kuning akibat terlupa menggunakan fungsi check-out baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mendapati status aplikasi MySejahtera miliknya bertukar daripada biru kepada kuning selepas terlupa menggunakan fungsi pendaftaran keluar atau check-out baru-baru ini.

Wan Nur Shamimi menerusi ciapan di laman Twitter berkata, dia mendapat notifikasi yang menyatakan dirinya sebagai kontak kasual tidak bergejala berdasarkan masa dan tempat pendaftaran masuk atau check-in di premis yang pernah dimasukinya sebelum ini.

“Kalian mana yang jenis leka nak check-out lebih baik buat selepas ini. Betul-betul bagi pengajaran buat saya kali ini. Berhuhu la sampai 10 hari.

“Dia keluar begini ya. Terus tukar jadi status kuning. Walau dari kedai lain nak ke kedai lain masih kena check-out. Check-out dulu baru check-in,” kongsinya semalam.

Hantaran itu diulang kicau lebih 1,600 kali dengan ada beberapa pengguna Twitter turut berdepan masalah sama selain ada yang menyediakan panduan untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Saya buka history banyak rupa-rupanya kedai tidak check-out,” komen Ainnur Akasyah.

“Lupa hendak check-out dari bank tiga hari. Mesti MySejahtera ingat aku sudah kutip jutaan ringgit,” gurau Nody.

“Kalau awak sihat cuba awak jawab semua soalan tentang Covid-19 selepas itu awak klik refresh,” cadang @maktiri.

“Boleh klik helpdesk untuk tukar semula status jadi warna biru. Pilih opsyen soalan mengenai kategori risiko dan dalam beberapa jam MySejahtera akan hantar e-mel untuk kita buat semula penilaian kesihatan,” jelas @thisIsArepp. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI