fbpx

Lelaki cekik kekasih hingga mati ketika berasmara dilanjut hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pybus (kiri) mencekik leher Moss (kanan) selama beberapa saat atau minit sehingga menyebabkan wanita itu mati. - PA

LONDON – Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara empat tahun kerana mencekik teman wanitanya sehingga mati ketika melakukan hubungan intim mungkin berdepan lanjutan tempoh hukuman tersebut, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Sam Pybus, 32, dipenjarakan awal bulan ini selepas membunuh Sophie Moss, 33 di kediaman mangsa di Darlington, England, Februari lalu.

Perbicaraan di Mahkamah Diraja Teesside mendengar pengakuan Pybus bahawa dia telah meminum 24 botol minuman keras sebelum mencekik leher Moss selama beberapa puluh saat atau minit.

“Saya mengesahkan bahawa Peguam Negara merujuk hukuman Pybus kepada Mahkamah Rayuan kerana ia kelihatan ‘ringan’.

“Kini, terserah kepada mahkamah untuk melanjutkan hukuman,” kata jurucakap Pejabat Peguam Negara.

Dalam pada itu, Pybus dalam keterangannya di mahkamah sebelum ini berkata, ketika kejadian, dia bangun dari katil dan mendapati bahawa Moss tidak memberikan sebarang tindak balas.

Mahkamah menyebut bahawa Pybus bagaimanapun tidak menghubungi talian kecemasan dan hanya menunggu di dalam keretanya selama 15 minit sebelum memandu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Dia yang telah berkahwin turut mendakwa bahawa Moss memberi galakan kepadanya untuk mencekiknya ketika mereka melakukan hubungan intim.

Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa Pybus telah memberikan tekanan yang cukup untuk membunuh Moss. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN