fbpx

Individu obesiti berisiko 7 kali ganda dijangkiti Covid-19 teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Individu yang mengalami masalah obesiti mempunyai risiko tujuh kali ganda untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga 24 September lalu, 10.5 peratus daripada 24,565 kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini adalah individu yang mengalami masalah obesiti.

Poster yang dimuat naik di laman Facebook KKM.

Justeru, KKM menasihatkan orang ramai agar terus mengamalkan gaya hidup sihat serta mengekalkan berat badan ideal.

“Kekalkan berat badan ideal dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan secara sihat, bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu, rehat yang cukup dan tidak merokok.

“Kesedaran untuk menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab sendiri,” kata KKM di laman Facebooknya hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI