fbpx

Sorok enam kambing seludup dalam trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam ekor kambing yang disorokkan dibawah kain kanvas di bahagian belakang sebuah Mitsubishi Triton yang ditahan di SJR Banggol Kong, Jeram Perdah, Rantau Panjang semalam. - FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Taktik dua lelaki menyembunyikan enam ekor kambing seludup di bahagian belakang sebuah trak pikap gagal menyebabkan mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah di sini semalam.

Dua lelaki berusia 23 tahun ditahan pada pukul 9 malam semasa melalui SJR berkenaan dengan menaiki sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, pemeriksaan pihaknya menemui enam ekor kambing yang telah ditutup menggunakan kanvas bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan muatan yang dibawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, kesemua rampasan termasuk kenderaan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI