PUTRAJAYA – Empat negeri merekodkan kes harian melebihi empat angka iaitu Sarawak, Selangor, Kelantan dan Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih mendominasi kes harian tertinggi apabila merekodkan 2,121 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak (1,386), Kelantan sebanyak (1,288) dan Johor (1,124 kes).
“Perak (862 kes), Terengganu (818 kes), Sabah (784 kes), Pulau Pinang (768 kes), Kedah (574 kes), Pahang (504 kes), Melaka (216 kes), Negeri Sembilan (211 kes) dan Kuala Lumpur (171 kes).
“Perlis (58 kes), Putrajaya (26 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya pada hantaran Facebook di sini hari ini.
Noor Hisham berkata, secara keseluruhan kes harian negara merekodkan di bawah angka 11,000 dengan 10,915 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,268,499 kes. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929