fbpx

17 TGP dibenarkan operasi bagi ibu bapa bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA –Kementerian Perpaduan Negara (KPN) membuat penetapan bahawa sebanyak 17 Taska Genius Perpaduan (TGP) di enam buah negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi bagi anak-anak yang ibu bapanya bekerja.

Manakala, sebanyak 24 Taska Genius Perpaduan di tujuh buah negeri Fasa 3 dan dua buah negeri Fasa 4 PPN akan mula beroperasi secara fizikal.

KPN menerusi satu kenyataan berkata, TGP di Terengganu, Sarawak, Perlis, Negeri Sembilan dan Labuan akan mula beroperasi esok; Pahang (11 Oktober) serta Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka (18 Oktober).

“Bagi Tabika Perpaduan (TP) pula, sebanyak 833 buah TP di enam buah negeri Fasa 2 PPN akan beroperasi secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Manakala sebanyak 948 TP di lapan buah negeri Fasa 3 dan 2 buah negeri Fasa 4 PPN serta Pulau Langkawi akan mula beroperasi secara fizikal,” kata kenyataan itu hari ini.

Pada masa sama, katanya, TP di Terengganu, Sarawak, Perlis, Negeri Sembilan, Labuan dan Pulau Langkawi akan beroperasi mulai esok; Pahang (11 Oktober 2021); dan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka (18 Oktober 2021).- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI