fbpx

PICK Remaja turut babitkan remaja OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 67,676 remaja orang kelainan upaya (OKU) berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negara turut diberi perhatian dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja).

Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, PICK Remaja mensasarkan semua remaja OKU tanpa mengira status warganegara atau jenis ketidakupayaan.

Beliau berkata, ketika ini, kesemua remaja OKU itu berada di bawah institusi dan pusat jagaan OKU berkediaman; Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK); Institusi Pendidikan dan remaja OKU terlantar di rumah.

“Pendaftaran remaja OKU yang berada di institusi perlindungan, pemulihan dan pendidikan samada berdaftar atau tidak berdaftar perlu dilakukan oleh pengetua, pengusaha dan penyelia institusi masing-masing melalui portal Vaksin Anakku.

“Manakala, remaja OKU terlantar di komuniti dikenal pasti sama ada daripada senarai penerima Bantuan Pesakit Terlantar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau senarai berdaftar dengan PDK atau pendaftaran remaja OKU terlantar di rumah oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Proses pemberian vaksin kepada remaja OKU di institusi dan yang terlantar di rumah akan dilakukan secara jangkau luar dan berjadual oleh Pasukan Pelaksana Vaksinasi,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI