fbpx

Penjenayah curi motosikal awal pagi dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman CCTV yang tular.

KUALA SELANGOR – Perbuatan seorang penjenayah mencuri motosikal di sebuah rumah di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang di sini, terbongkar apabila dirakam televisyen litar tertutup (CCTV), semalam.

Rakaman yang tular di media sosial itu memaparkan tindakan berani suspek memasuki halaman rumah berkenaan pukul 2.13 pagi.

Mangsa, Muhammad Rafiq Rahimi Rosli, 24, berkata, kejadian itu disedari bapanya yang bangun untuk menunaikan solat Subuh, kira-kira pukul 6 pagi.

“Apabila keluar, dia (bapa) terkejut melihat motosikal Honda EX5 kesayangannya yang berada di hadapan rumah sudah hilang.

“Kami kemudian melihat rakaman CCTV dan mendapati perbuatan itu dilakukan seorang lelaki,” katanya kepada Kosmo, hari ini.

Menurutnya, dia terkilan kerana motosikal itu mempunyai banyak nilai sentimental sejak dibeli bapanya pada 1997.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan usaha mengesan suspek terlibat sedang dijalankan pihaknya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI