PUTRAJAYA – Sebuah premis persendirian yang terletak di Cyberjaya dekat sini diserbu kerana menyimpan sejumlah haiwan liar tanpa memiliki lesen sah baru-baru ini.
Menurut kenyataan ibu pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kejayaan itu hasil usaha Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang lelaki ditahan melalui serbuan mengejut itu.
Premis tersebut didapati mempunyai dua ekor unggas kakak tua jenis African Grey dan nuri Rose-ringed Parakeet selain seekor iguana atau sesumpah gergasi dan juga seekor kera.
“Kesemua hidupan liar yang dirampas itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor dan satu laporan polis dibuat mengenai serbuan daripada OBK tersebut,” katanya hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929