fbpx

Jangan terjerat tawaran lesen memandu tanpa ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tawaran iklan oleh sebuah sekolah memandu yang tular di laman sosial.

PUTRAJAYA – Orang ramai diingatkan tidak mudah terjerat dengan iklan dan tawaran lesen memandu tanpa ujian komputer yang ditularkan di media sosial akhir-akhir ini.

Peringatan itu dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi hantaran di laman Facebook rasminya dan pihaknya memandang serius isu tular berkenaan.

“JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang urusan berkenaan Lesen Memandu Tanpa Ujian yang dikeluarkan oleh Berjaya Driving School adalah palsu dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh JPJ serta tidak sah.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak tertipu,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI