fbpx

Jambatan Pulau Pinang bergelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular memaparkan keadaan Jambatan Pulau Pinang yang bergelap malam tadi.

GEORGE TOWN – Pengguna di Jambatan Pulau Pinang terpaksa ‘bergelap’ sejak malam tadi selepas jambatan utama yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai itu mengalami gangguan bekalan elektrik.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Malaysia Berhad (PLUS),Syed Mohammed Idid berkata, pihaknya mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak pukul 8.23 malam.

“Bekalan elektrik di kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan juga turut terjejas buat sementara waktu.

“PLUS memohon maaf atas kesulitan akibat gangguan tersebut dan pihak kami sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih bagi memulihkan situasi secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak malam tadi tular di media sosial mengenai gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol jambatan berkenaan.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI