fbpx

‘Kami hanya ingin balik kampung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga kota mengambil kesempatan membeli-belah selepas Lembah Klang memasuki Fasa 3 PPN di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pulang ke kampung untuk berjumpa de­ngan ibu bapa menjadi agenda utama yang akan dilakukan kebanyakan warga kota selepas kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri.

Selepas sekian lama berkurung di dalam rumah serta lara­ngan rentas daerah dan negeri disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, rata-rata warga Lembah Klang meluahkan hasrat tidak sabar pulang ke kampung bagi melepaskan rindu terhadap ahli keluarga masing-masing.

Harapan tinggi itu disandarkan selepas peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan program vaksinasi berjalan lancar apabila individu dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin seramai 20.2 juta orang atau 86.3 peratus setakat semalam.

Lembah Klang membabitkan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya kini berada dalam Fasa 3 PPN.

Seorang akauntan, Nazmin Iryani Ismail, 28, berkata, dia amat berharap hasratnya untuk pulang ke kampung di Sarawak akan tercapai dalam masa terdekat.

“Sudah dua tahun saya tidak pulang ke kampung dan sekira­nya diberi pilihan, saya lebih cenderung untuk pulang ke kampung berbanding pergi bercuti.

“Nenek saya kurang sihat, sebelum ini kami bertanya khabar melalui panggilan telefon sahaja, jadi sudah tentu saya tidak sabar untuk pulang ke kampung bertemu ahli keluarga,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Bagi suri rumah, Siti Ajar Ismail, 45, pula, terperap di dalam rumah untuk satu tempoh yang lama bukan satu penyelesaian dan akan pulang ke kampung di Seremban sekiranya dibenarkan berbuat demikian oleh kerajaan.

“Sekiranya dibenarkan atau diberi kelonggaran merentas negeri, sudah tentu saya seke­luarga mahu pulang ke Seremban untuk bertemu ibu bapa.

“Sudah lama kami tidak bertemu sejak PKP dilaksanakan,” katanya.

Harapan sama turut disandarkan eksekutif swasta, Ruzaini Mohd. Amin, 31, yang mahu kerajaan mengotakan janji dengan membenarkan rakyat merentas negeri memandangkan sudah dua tahun dia tidak mencium tangan ibunya yang berada di Kelantan.

“Sejak dilarang merentas ne­geri, sudah dua kali saya beraya bersendirian di ibu negara. Jadi, besarlah harapan saya agar kebenaran itu dapat diumumkan segera seterusnya memberi peluang kepada golongan perantau untuk berjumpa keluarga ter­sayang,” katanya.

Noor Hidayah Abdullah, 30, yang merupakan kakitangan hospital swasta turut meletakkan harapan yang sama kerana sudah tidak sabar berjumpa dengan keluarga tersayang.

“Rata-rata rakyat sudah mematuhi prosedur operasi stan­dard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan termasuk mendapatkan vaksin, jadi berilah kami ‘bonus’ dengan mengumumkan rentas negeri.

“Apapun, rakyat perlu berjanji untuk terus menjaga SOP agar kebenaran rentas negeri kelak tidak akan menjadi punca penyebaran kes secara mendadak,” jelasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat negara ini dibenarkan merentas ne­geri apabila Malaysia mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.

Harap hasrat bertemu ahli keluarga akan terlaksana dalam masa terdekatPerkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan oleh beliau pada 22 September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI