fbpx

Ratusan jatuh sakit akibat bakteria Salmonella misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CDC mula menerima laporan individu yang jatuh sakit akibat bakteria salmonella pada 30 Ogos lalu -James Archer

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyatakan kelmarin bahawa pihaknya menyiasat punca wabak  bakteria Salmonella yang menyebabkan 419 individu di 35 buah negeri jatuh sakit, lapor agensi berita United Press International semalam.

Pegawai kesihatan awam belum mengaitkan penyakit tersebut dengan mana-mana makanan spesifik dan meminta orang ramai untuk membantu mengesan punca ia berlaku.

Dalam kalangan ratusan pesakit itu, 66 daripada mereka dimasukkan ke hospital.

CDC berkata, agensi itu mula menerima laporan individu yang jatuh sakit akibat bakteria salmonella pada 30 Ogos lalu dan memuncak menjadi 25 kes sehari pada penghujung Ogos dan awal September lepas.

Gejala salmonella termasuk cirit-birit, demam panas, muntah-muntah, kekeringan pada bahagian mulut dan tekak serta pening kepala.

CDC berkata, gejala biasanya bermula enam jam selepas bakteria itu memasuki tubuh.

Kebanyakan pesakit sembuh tanpa sebarang rawatan antara empat hingga tujuh hari selepas ia bermula.

Kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, warga emas berusia 65 tahun dan ke atas serta golongan yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah lebih cenderung mengalami gejala yang teruk. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI