fbpx

‘Terima kasih rakyat Malaysia tolong derma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan Sofia disabitkan bersalah Ogos lalu atas kecuaian ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kematian seorang bayi pada 2016.

GEORGE TOWN – Seorang jururawat Obstetrik & Ginekologi (O&G) di sebuah hospital swasta di Madinah, Arab Saudi mampu menarik nafas lega apabila wang denda seba­nyak 210,000 riyal (RM234,287) sudah berjaya dikumpul hasil sumbangan rakyat Malaysia dan negara itu kelmarin.

Intan Sofia Ibrahim, 53, berkata, dia melahirkan penghargaan kepada semua individu terbabit termasuk sa­nak-saudara dan jururawat di negara ini yang membantu meringankan beban yang ditanggungnya selama ini.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia mengakui sukar untuk mendapat jumlah tersebut dalam tempoh yang singkat dan menganggap ia satu ujian kehidupan yang ­perlu dihadapi sepanjang berkhidmat sebagai jururawat sejak tahun 1993.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak henti menyalurkan bantuan kewangan untuk menampung jumlah wang denda yang dikenakan.

“Saya bernasib baik kerana mempunyai kawan-kawan dan saudara-mara yang sanggup meminjamkan wang sebelum mula berfikir untuk meminta bantuan derma daripada orang ramai.

“Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Sokongan daripada keluarga dan para jururawat di ­Malaysia dan Arab Saudi juga amat saya hargai. Saya berasa lega, hilang sudah penderitaan yang ­dialami selama ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Jururawat mohon bantu selesai saman RM210,000

Berita berkaitan: ‘Ramai luah simpati, mahu bantu selesai saman’

Terdahulu, akhbar Kosmo! melaporkan ahli keluarga Intan Sofia buntu mencari jalan menyelesaikan kes saman seba­nyak 210,000 riyal melibatkan wanita itu baru-baru ini.

Dia yang ­berkhidmat di hospital ber­kenaan sejak tahun 2014 te­lah ­disabitkan bersalah di mahkamah negara terbabit Ogos lalu.

Intan Sofia disabit kesalahan kecuaian ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kematian seorang bayi pada 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI