fbpx

Peluang Sancho tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO masih belum berjaya menjaringkan gol atau melakukan umpanan gol sepanjang aksinya bersama United setakat ini. – AFP

MANCHESTER – Pemain sayap sensasi Manchester United, Jadon Sancho diberikan peluang terakhir untuk membuktikan kemampuannya kepada pengurus England, Gareth Southgate yang akan membuat keputusan sama ada menyenaraikan namanya untuk aksi antarabangsa bulan ini.

Sancho, 21, kini dikritik hebat selepas gagal mempamerkan prestasi mengagumkan setaraf dengan yuran perpindahan tinggi dibayar United kepada Borussia Dortmund iaitu £73 juta (RM411.07 juta).

Sancho dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan The Red Devils apabila masih kemarau gol daripada lima penampilannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Bagaimanapun, Southgate, 51, mengakui, situasi itu tidak mengejutkannya kerana Sancho memerlukan sedikit masa lagi sebelum ‘meletup’ seperti dilakukannya selama empat musim di Jerman bersama Dortmund.

Pengendali The Three Lions itu juga yakin Sancho mampu menjelmakan impak positif jika diturunkan dalam kesebelasan utama United menentang Everton di Old Trafford malam ini.

“United adalah antara kelab terbesar di dunia, ia amat berbeza jika dibandingkan dengan Dortmund di Bundesliga. Jadon (Sancho) perlu mengadaptasi dirinya dengan banyak faktor dan ia bukan satu perkara mudah.

“Adakah dia layak dipanggil berdasarkan ­prestasi ketika ini? Mungkin tidak tetapi kami telah melabur banyak untuk jangka masa panjang buat Jadon kerana percaya dia boleh mencapai satu tahap tertinggi.

“Saya percaya dia akan membuktikan sesuatu dalam tempoh terdekat ini untuk membalas kepercayaan semua orang yang menaruh harapan terhadap dirinya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI