fbpx

Lalisa macam ‘tangkap mudah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA sepertinya tidak dapat lari daripada jalur muziknya bersama Blackpink, namun tidak menafikan bahawa dia seorang rapper dan penari yang hebat.

LISA merupakan ahli Blackpink ketiga selepas Jennie dan Rosé yang meluncurkan karya solo dengan kelahiran album mini berjudul Lalisa.

Hasilnya, album mini tersebut mampu pergi jauh dari segi kualiti dan representasi muzik yang ingin ditonjolkan pemilik nama lengkap Lalisa Manobal itu.

Lalisa berjaya terjual lebih 736,000 unit pada minggu pertama pelancaran sekali gus menjadikan dirinya artis wanita pertama mencatat kejayaan tersebut.

Dalam pada itu, muzik video single berjudul Lalisa pula merekodkan jumlah tontonan sebanyak 73.6 juta menerusi YouTube dalam tempoh 24 jam menjadikannya Lisa artis solo pertama berjaya mencipta magis tersebut.

Menyentuh tentang kualiti single pertama berjudul Lalisa, ada banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki oleh YG Entertainment.

YG Entertainment buat apa?

Penulis menyebut label yang mengendalikan kerjaya seni Lisa kerana Lisa tidak tercicir perkara penting dalam soal penyampaian, tarian, identiti dan perihal lain yang menjadikan dirinya seorang artis K-pop paling digeruni buat masa sekarang.

Lisa antara artis K-pop paling banyak pengikut dalam Instagram, namun promosi untuk album debutnya tidak semegah bilangan pengikutnya yang mencecah 61.2 juta.

Tidak mengerti mengapa hanya dua buah trek dimuatkan dalam Lalisa sedangkan penulis percaya, Lisa diasah bakat nyanyian, tarian dan pesonanya untuk sesuatu yang lebih daripada apa yang ditonjolkan.

Trek pertama, Lalisa merupakan satu antem ‘catchy’ dan membuktikan Lisa masih berakar pada jati dirinya sebagai anak kelahiran Thailand dengan memasukkan elemen tradisional negara Gajah Putih itu pada bahagian introduksi.

Lisa menyanyi rap dengan sempurna pada setiap bahagian yang perlu, namun tidak banyak yang boleh digembar-gemburkan tentang kualiti single debut solonya.

Jika Rosé muncul dengan muzik ‘up-tempo’ menerusi On The Ground, mengapa tidak Lisa lari sedikit daripada jalur muzik Blackpink.

Tak tonjol kredibiliti artis solo

Secara peribadi, naskhah berkenaan hanyalah bersifat ‘mudah tangkap’ bagi fanatik Blackpink tetapi tidak memberi unjuran besar terhadap kredibiliti Lisa sebagai artis solo.

Single kedua, Money sebenarnya lebih mengecewakan. Tidak banyak momen boleh ‘lekat’ dalam minda baik dari segi melodi dan nukilan lirik. Apa yang melekat adalah akhirnya, Lisa sudah memberi debut kerjaya solonya. Itu sahaja.

Lisa sebenarnya layak untuk lebih mendapat perhatian dan gerak kerja berkualiti memandangkan dia sekarang antara penyanyi wanita yang kian mendunia bukan sahaja di Korea Selatan bahkan secara global.

Bagaimanapun semua itu tidak mengubah fakta bahawa Lisa sorang penyanyi, penari, mogul kecantikan dan ikon yang sangat hebat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI