fbpx

Forensik siber kesan kebocoran data peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melaksanakan kajian forensik siber bagi menjejaki tahap keseriusan kebocoran data peribadi oleh agensi kerajaan tertentu.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah penyiasatan berkenaan perlu disegerakan walaupun kebocoran itu tidak melibatkan mana-mana agensi di bawah kementerian tersebut.

“Tiada perkara melibatkan kelemahan yang akan dibiarkan begitu sahaja ketika siasatan bagi kita mencari berapa serius kebocoran itu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Meskipun tidak menyatakan secara terbuka, beliau merujuk isu tular kebocoran data yang didakwa melibatkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen baru-baru ini.

Isu itu mula didedahkan melalui forum perbincangan atas talian tempatan, namun dinafikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Bukit Aman pada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, pihaknya termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau rapi isu ketirisan tersebut walaupun belum ada dakwaan kukuh dan mengarahkan pihak SKMM untuk menilai semula Akta SKMM 1998 bagi memastikan keselamatan siber tempatan dapat diurus dengan perundangan ketat.

Beliau memberi jaminan bahawa keselamatan siber negara ini masih kukuh malah Malaysia disenaraikan posisi kesepuluh indeks global tahun lalu dan kelima dari segi komitmen serius. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI