fbpx

Air laut Teluk Jakarta dicemari paracetamol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelidik mendapati kadar kepekatan paracetamol di dua lokasi perairan di Teluk Jakarta adalah tinggi. - dream.co.id

JAKARTA – Satu kajian yang dijalankan menunjukkan sejumlah air laut di wilayah Teluk Jakarta telah dicemari ubat-ubatan dan salah satunya ialah paracetamol, lapor laman berita Detik.com semalam.

Penyelidikan yang terbitkan dalam jurnal Science Direct pada Ogos lalu itu menganalisis sampel yang dikumpulkan di empat lokasi di Teluk Jakarta dan satu lokasi di pantai utara Jawa Tengah.

Kumpulan penyelidik tersebut adalah dari Fakulti Farmasi dan Sains Biomolekular dari Universiti Brighton, Pusat Persekitaran Akuatik Britain, Pusat Penyelidikan Oseanografi Indonesia dan Institut Sains Indonesia (LIPI/BRIN).

“Kami mengesan paracetamol di dua buah lokasi di Teluk Jakarta iaitu Angke dan Ancol. Setakat pengetahuan kami, tahap paracetamol atau ubat tahan sakit yang dikesan di Angke adalah 610 ng/L dan ia merupakan salah satu kepekatan yang tertinggi.

“Di Ancol pula, kami mengesan kepekatan paracetamol pada kadar 420 ng/L. Kepekatan yang dilaporkan di kedua-dua lokasi tersebut adalah lebih tinggi berbanding data daripada lokasi lain,” kata penyelidik kajian tersebut.

Jelas penyelidik, ini merupakan kajian pertama melibatkan gambaran kualiti air laut berdasarkan kepekatan paracetamol di perairan sekitar Indonesia.

Penyelidik bagaimanapun mengatakan bahawa ia memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut dan menganggap data tersebut sebagai gambaran awal terhadap kualiti air di daerah-daerah di Indonesia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI