fbpx

Wanita minta suami kahwin saudara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut meminta suaminya berkahwin lagi dengan saudaranya sendiri kerana bimbang tiada yang menjaganya apabila dia sudah tua. - TikTok @spirit_and_love

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia membuat pengakuan mengejutkan yang menyatakan bahawa dia rela suaminya berkahwin dengan saudaranya sendiri kerana bimbang tiada sesiapa yang akan menguruskan lelaki itu apabila dia sudah tua, lapor laman berita Merdeka baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, wanita tersebut berkata, dia bimbang sekiranya suaminya berkahwin dengan wanita yang akan menyakitinya, lantas memberi cadangan agar lelaki itu menikahi saudaranya.

“Nanti apabila saya sudah tua, kami hanya tinggal berdua.

“Pada siapa harus saya berharap ketika tulang saya sudah tidak kuat (untuk menguruskan rumah tangga)? Jadi, saya menyuruh suami saya berkahwin dengan saudara sendiri yang sudah diketahui kebaikan dan latar belakangnya,” kata wanita tersebut.

Tambah wanita itu, saudaranya turut menunjukkan keikhlasan untuk dipinang menjadi isteri baharu suaminya meskipun tanpa sebarang mas kahwin.

“Kalau dengan saudara sendiri, saya jamin 100 peratus bahawa dia akan setia.

“Buktinya, saudara saya begitu ikhlas. Saya katakan kepadanya agar dia menerima suami saya seadanya,” ujarnya.

Perkahwinan tersebut akan diadakan tidak lama lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI