fbpx

Polis sahkan terima laporan Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice ketika hadir membuat laporan polis di IPD Dang Wangi malam tadi.

PETALING JAYA – Polis Dang Wangi mengesahkan telah menerima satu laporan polis daripada aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap sensasi, Caprice malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, penyanyi rap berkenaan hadir malam tadi untuk membuat satu laporan polis berkaitan sebuah lagi kes yang sedang dalam siasatan.

“Pihak Dang Wangi telah menerima laporan yang dibuat itu dan akan dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memandangkan laporan berkenaan adalah berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak USJT.

“Kita hanya terima laporan sahaja dan akan dirujuk ke Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, memuat naik sekeping gambar dirinya berdiri di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sambil memegang sekeping kertas dipercayai salinan laporan polis yang dibuat olehnya malam tadi.

“Bismillah. See you when I see you (jumpa anda bila tiba waktunya nanti).

“Saya percaya penuh dengan pihak polis dalam menegakkan undang-undang, tegas, adil dan berhemah. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” ujarnya di ruangan kapsyen muat naik tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pendakwah terkenal Ebit Lew pada 21 Julai lalu turut hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berkaitan isu misi kemanusiaannya di Semenanjung Gaza, Palestin.

Difahamkan, laporan dibuat oleh Ebit itu adalah berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa dia membazirkan sejumlah wang hasil sumbangan orang ramai terhadap misi berkenaan untuk masuk ke Gaza. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI