fbpx

Kebenaran dine-in masih kekal dan tidak berubah – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
-Gambar hiasan-

PUTRAJAYA – Kebenaran ‘dine-in’ di restoran dan kedai makan bagi individu lengkap vaksin Covid-19 masih kekal dan tidak berubah.

Itu tegas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi menjelaskan kekeliruan berhubung perkongsian ringkasan prosedur operasi standard (SOP) PPN dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Khairy berkata, kebenaran makan di kedai dan restoran itu masih kekal dan terpakai bagi semua fasa PPN.

Menurutnya, beliau mengesahkan bahawa ringkasan peraturan yang dikeluarkan menerusi akaun Twitter, @MKNJPM itu tidak dikemaskini.

“Kenyataan rasmi akan menyusuli,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau sudah mengarahkan @MKNJPM supaya segera mengemaskini peraturan dan SOP berkaitan.

“SOP itu mesti dipatuhi sepenuhnya semua pihak demi perangi Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, MKN menerusi ciapan di Twitter memuat naik info grafik mengenai ringkasan SOP PPN berkuatkasa 1 Oktober 2021.

Ringkasan SOP itu antara lain menjelaskan bahawa ‘dine-in’ dibenarkan kepada semua individu tanpa perlu lengkap vaksin sekali gus menimbulkan kekeliruan.

MKN sebelum ini menetapkan aktiviti dine-in dibenarkan kepada individu lengkap vaksin selain mematuhi SOP berkaitan.

Malah, ibu bapa yang sudah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak berusia 17 tahun ke bawah untuk dine-in di premis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI