fbpx

Sindiket kawal pengemis lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan beberapa orang peminta sedekah.

PETALING JAYA – Seorang lelaki telah bertindak untuk mendedahkan punca lambakan pengemis di lampu isyarat didakwa berpunca daripada sindiket.

Menerusi perkongsian ciapan oleh @acaiijawe di laman sosial Twitter, lambakan peminta sedekah di lampu isyarat biasanya mereka ini sindiket pengemis dan juga mengaku sebagai muslim.

“Dah makin ramai peminta sedekah kat traffic light sekarang, biasanya mereka ini sindiket. Berpakaian macam pak haji Mengaku muslim tapi bila minta mengucap dan baca Al-Fatihah langsung tak tahu.

“Bila nak bawa ke pusat zakat untuk bagi bantuan. Dia berkeras taknak dan lari,” katanya di dalam Twitter.

Tambahnya lagi, pengemis-pengemis sindiket ini telah dijaga oleh invididu-individu lain dan jalan terbaik untuk membantu mereka ialah dengan tidak bersedekah.

“Cara terbaik nak bantu mereka dengan jangan beri sedekah kerana mereka ada bos. Bila dapat duit banyak, bos mereka yang kaya raya. Industiri ini juga terlibat dalam pemerdagangan manusia.

“Kalau tak percaya cuba korang borak lama-lama dengan geng peminta sedekah yang bawa anak macam ini, ambil gambar mereka dan kalau bertuah, nanti ada 1-2 orang lelaki akan rapat dan tanya, korang siapa dan kenapa kacau dia?,” katanya.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang turut berkongsi pengalaman berdepan dengan sindiket ini yang bersikap biadap jika tidak memberikan sedekah.

“Kalau jenis saya bagi seikhlas hati, kalau terserempak anak-anak rohingya itu mereka sangat kurang ajar dan biadap! dah bagi duit RM1 dia ‘sound’ kita balik lepas itu tendang kereta,” kata @GhaziUthman.

“Ada yang siap pilih kereta lagi. Terus pergi kereta mahal-mahal dan ketuk-ketuk tingkap paksa minta duit siap bersandar dekat pintu kereta. Lampu dah hijau pun dia buat tak kisah sahaja,” jelas @Ellyasmin2.

“Pendedahan yang terbaik, kegiatan seperti ini perlu dibenteras oleh pegawai-pegawai di kawasan tertentu. Adakah kegiatan sindiket ini berleluasa sekarang tanpa pengetahuan mereka?,” ujar @RRajen81.

Selain itu, orang ramai juga menggesa pihak-pihak berkuasa supaya segera membanteras sindiket-sindiket ini supaya tidak lagi menggangu ketenteraman awam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI