fbpx

Penduduk Taman Puncak Jelapang Maju bimbang tanah mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah mendap di Taman Puncak Jelapang Maju di Ipoh yang dibimbangi akan menyebabkan tanah runtuh.

IPOH – Penduduk di Taman Puncak Jelapang Maju di sini bimbang dengan keselamatan mereka berikutan kejadian tanah mendap yang dikesan sejak Selasa lalu.

Mendapan sepanjang 10 meter itu dikhuatiri akan menyebabkan risiko kejadian tanah runtuh sekali gus menjejaskan kira-kira 300 penduduk.

Seorang penduduk, Azahar Mohamad, 53, berkata, keadaan hujan juga dibimbangi akan mengakibatkan mendapan itu menjadi lebih besar.

“Selain disebabkan hujan lebat, tanah mendap itu juga mungkin disebabkan oleh kesan kerja-kerja mengorek tanah yang dijalankan sebuah syarikat kontraktor di kawasan bersebelahan.

“Apabila mereka menjalankan kerja-kerja mengorek tanah, gegaran itu boleh dirasai sampai ke rumah. Ini yang kita risau, takut-takut akan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Azahar, mendapan tersebut berlaku tidak jauh dari kawasan rumah dan melibatkan jalan utama penduduk di situ.

“Jalan ini juga dijadikan laluan anak-anak menunggang basikal. Sekiranya tiada tindakan diambil, kami bimbang mendapan lebih besar boleh berlaku dan mengakibatkan kejadian tanah runtuh,” katanya.

Seorang lagi penduduk, S. Sundralingam, 64, berkata, perkara itu telah dilaporkan ke pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tindakan segera dapat diambil.

Katanya, penduduk di taman perumahan itu tidak menolak pembangunan namun perlu dilaksanakan dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

“Dulu kawasan ini dipenuhi pokok, sekarang sudah kosong dan diganti dengan kerja-kerja pembangunan.

“Kita mohon jasa baik pihak berkuasa turun padang untuk pantau, jangan biarkan kami menanggung kesan kegagalan rancangan pembangunan yang dijalankan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI