fbpx

998 kawasan alami gangguan bekalan air bermula 13 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 13 Oktober depan.

Gangguan itu ekoran pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan kawasan itu melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Gangguan bekalan air berjadual itu bermula pukul 9 pagi 13 Oktober dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam 16 Oktober depan.

“Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan boleh didapati di laman pautan hentitugas.airselangor.com,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan kerja berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.

“Pelaksanaannya sebelum ini tertangguh daripada jadual asal iaitu pada 2019 dan tahun lalu.

“Ia berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar,” katanya.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan kelak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor atau menghubungi talian 15300. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI