fbpx

Sewa kereta edar dadah RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARUL LALLI (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan itu.

SHAH ALAM – Taktik satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kenderaan sewa sejak enam bulan lalu tumpas menerusi penangkapan lapan suspek termasuk dua pasangan suami isteri di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Kesemua suspek yang ditahan termasuk dua wanita iaitu warga Vietnam dan Thailand berusia 31 hingga 53 tahun selain merampas 63.1 kilogram (kg) methamphetamine dalam serbuan bermula 6.30 petang pada 25 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sharul Lalli Masduki berkata, kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor
dengan merampas sebanyak 62 bungkusan dadah di dalam sebuah kereta jenis Hyundai Ionic di kawasan parkir sebuah pasar raya di Seri Kembangan.

“Rampasan itu kemudian membawa kepada penahanan kesemua suspek secara berasingan di sebuah kondominium di Brickfields dan sekitar Dang Wangi.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM126,000 dan lima kenderaan lain untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di IPK Selangor, hari ini.

Jelas Sharul Lalli, modus operandi suspek adalah menyewa kenderaan sebelum meninggalkan di sesebuah lokasi dan mengarahkan ahlinya mengambil dadah berkenaan bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Ujar Sharul Lalli, siasatan awal juga mendapati ahli sindiket berkenaan dipercayai turut tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya berkomunikasi melalui telefon bimbit dan medium sosial.

“Semakan mendapati lima suspek memiliki rekod jenayah lampau termasuk dadah dan tiga positif methamphetamine.

“Kesemua suspek termasuk dua pasangan suami isteri itu direman sehingga 4 Oktober depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI