fbpx

Covid-19 tidak merebak melalui makanan atau bungkusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiada sebarang bukti menyatakan seseorang individu itu boleh mendapat jangkitan Covid-19 melalui makanan atau pembungkus makanan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Izzar Anwari Abdul Ghani berkata, Covid-19 tidak hidup di permukaan makanan seperti buah, sayur dan makanan sejuk beku kerana ia memerlukan perumah seperti manusia untuk terus hidup.

“Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan mungkin ada yang risau kalau-kalau ada virus Covid-19 dan dapat jangkitan wabak tersebut.

“Hakikatnya Covid-19 merebak melalui pernafasan dari titisan individu dijangkiti yang batuk atau bersin,” tulisnya di laman Instagram hari ini.

Dr. Izzar Anwari

Beliau turut menyarankan sayur atau buah dicuci dengan air biasa yang bersih tanpa perlu melakukan disinfeksi pada bungkusan makanan atau seumpamanya.

“Tetapi perlu mencuci tangan betul-betul selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan.

“Samalah jika kalau dapat bungkusan kurier. Buka siap-siap di luar rumah ambil isinya dan bawa masuk ke dalam rumah. Selepas itu cucilah tangan dengan bersih,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI