fbpx

JIM tahan 297 warga asing diami rumah kongsi dalam kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Imigresen menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa Operasi Penguatkuasaan bersepadu Imigresen di sebuah tapak pembinaan di Beranang, Selangor malam tadi. Foto - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Seramai 297 warga asing yang tinggal di rumah kongsi tujuh blok kontena ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penempatan Warga Asing di Echo Majestic, Semenyih awal pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata warga asing itu ditahan atas aduan orang ramai yang tinggal di rumah kongsi tujuh blok kontena serta tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerja (446), Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Menurutnya, seramai 326 warga asing diperiksa dan antara kesalahan adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1960 dan Peraturan peraturan Imigresen 1959/63.

“Semasa serbuan dilakukan terdapat beberapa warga asing cuba melarikan diri dan penempatan itu turut menggunakan tenaga elektrik secara tidak teratur serta disyaki menggunakan sambungan haram Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Jumlah warga asing yang ditahan membabitkan warga Indonesia seramai 94 lelaki dan 28 wanita, 95 lelaki warga Bangladesh,seorang lelaki warga Ghana, 66 lelaki warga Myanmar dan enam lelaki serta tujuh wanita warga Vietnam,” katanya yang turut serta dalam operasi berkenaan.

Operasi yang diadakan pukul 1 pagi membabitkan 136 anggota Imigresen Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan serta di bantu agensi penguatkuasa lain terdiri dari Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Khairul Dzaimee berkata, kehadiran wanita warga Viethnam itu disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral menawarkan perkhidmatan seks.

Menurutnya, kawasan penginapan warga asing ini juga didapati sangat padat, kotor dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disyaki boleh menjadikan punca merebaknya wabak Covid-19 dan demam denggi.

Katanya lagi, warga asing yang ditahan di bawa ke Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya (PKD) dan PKD Seremban untuk menjalani saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI