PETALING JAYA – Legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan kedatangan 1 Oktober bagai membuka satu lembaran buku baharu dengan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah beralih ke Fasa 3 bermula hari ini.
“Feeling (rasa) macam halaman baru buku dibuka, selepas sembilan bulan yang malap. Macam lagu orang putih Hari Hijau (kumpulan rock Green Day) ‘Wake Me Up When September Ends’ dengan kes Covid-19 sudah jelas mula turun.
“Jom bangunlah kita semua! Hari ini hari yang hebat! Hari permulaan yang bagus! Terus kita lawan Covid-19. Terus lawan Piala Sudirman di Finland.
“Sokong sama sokong. Bersama-sama kita boleh. Suku akhir Malaysia versus (lawan) Indonesia pukul 9 malam,” tulisnya di laman Facebook beliau hari ini.
Hantaran itu mendapat lebih 2,700 tanda suka dengan kebanyakan peminat sukan badminton mahu Chong Wei memberi kata-kata perangsang kepada Lee Zii Jia yang tewas kepada jaguh nombor satu dunia, Kento Momota, 18-21, 10-21 malam tadi.
“Datuk tolong telefon LZJ (Lee Zii Jia) bagi dia sikit nasihat dan minta dia tenang sikit. Jangan kancheong (gementar). Tumpukan perhatian untuk dapat setiap mata,” ujar Tai Seng Kooi Mtr
“Datuk bagi nasihat sikit supaya LZJ tenang. Beliau pemain yang lengkap pada pandangan saya cuma nampak mental dia agak ‘cepat koyak’ sikit,” komen Luqman Firdaus.
“Macam lagu orang putih Hari Hijau. Habis semua diterjemah. Tak pernah tak lawak. Salam Jumaat Datuk,” ucap Aiman Hamdan – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929