fbpx

RM4.5 juta diperuntukan bangunkan industri tanaman kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta bagi Projek Pembangunan Industri Tanaman Kopi dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, peruntukan tersebut bagi penyediakan infrastruktur dan fasiliti pengendalian lepas tuai, pembekalan input-input pertanian, perolehan bahan dan peralatan kawalan perosak dan pemindahan teknologi.

“Sehingga kini MAFI telah mengenal pasti seramai 2,000 pemain industri penanaman kopi diseluruh negara.

“MAFI juga akan memberi penekanan khusus untuk merangka inisiatif baharu bagi terus menggalakkan golongan muda dan usahawan tempatan untuk menceburi industri tanaman kopi, termasuk di sepanjang rantaian nilai lain berkaitan dengan industri tersebut,” katanya pada majlis perasmian Sambutan Hari Kopi Sempena Hari Kopi Antarabangsa 2021 di Kementeriannya, hari ini.

Ronald berkata, pada tahun 2020, keluasan kawasan penanaman kopi di seluruh Malaysia adalah seluas 2,200 hektar berbanding 2,114 hektar pada tahun 2019.

Menurutnya, pengeluaran kopi pada tahun 2020 pula adalah sebanyak 4,241 tan metrik berbanding tahun 2019 sebanyak 3,559 tan di mana negeri pengeluar utama adalah Johor dan Sabah.

“Industri tanaman kopi di Malaysia hari ini dilihat semakin berpotensi untuk diperkasa dan berkembang maju, bukan sahaja bagi memenuhi keperluan dalam negara malah mampu dieksport ke luar negara

“Selain meningkatkan pendapatan ekonomi bersama- sama produk dan peluang perniagaan dalam rantaian nilainya pada masa sama akan dapat memperkenalkan kopi hasil keluaran negara kita ke seluruh dunia.

“Melangkah ke hadapan, MAFI melalui Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) akan terus komited memberi perhatian agar industri ini terus diperkukuh dan tidak ketinggalan, serta dapat seiring dengan perkembangan industri tanaman agromakanan yang lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran,” tegasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI