fbpx

‘Mereka rasa ‘cable’ kuat’ – Caprice buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice membuat satu laporan polis semalam.

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap sensasi, Caprice membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur malam tadi.

Pemilik nama lengkap Ariz Ramli, 33 itu, berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu melibatkan pihak polis namun terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana sesetengah individu berasakan diri mereka lebih hebat daripada undang-undang.

“Sejujurnya, saya tak nak pun buat laporan polis ini. Sebenarnya, saya lagi mahu meletakkan fokus, energi dan usaha terhadap perniagaan serta kehidupan.

“Tetapi, sesetengah individu di luar sana merasakan ‘cable’, pangkat mereka terlampau kuat dan tinggi. Mereka rasa lagi hebat daripada undang-undang (above the law),” katanya menerusi untaian muat naik video dalam Instastory.

Sementara itu, menerusi hantaran status sekeping foto yang dimuat naik, pelantun lagu Lenglui itu memohon didoakan segala urusannya dipermudahkan.

“Bismillah. See you when I see you (jumpa anda bila tiba waktunya nanti).

“Saya percaya penuh dengan pihak polis dalam menegakkan undang-undang, tegas, adil dan berhemah. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi banyak perkongsian status dan video dalam Instagram, Caprice memaklumkan dirinya telah menerima lebih 60 ugutan bunuh sejak hampir tiga bulan lalu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI