fbpx

Ramai harap media sosial lain ikut YouTube sekat antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Dr. Imelda mengenai keputusan YouTube menyekat kandungan bersifat antivaksin baru-baru ini.

PETALING JAYA – Keputusan platform perkongsian video, YouTube menyekat semua kandungan bersifat antivaksin mendapat reaksi positif orang ramai yang menyifatkan langkah itu tepat pada masanya.

Pakar Perunding dan Ginekologi, Dr. Imelda Balchin turut berkongsi tangkap layar tajuk berita yang disiarkan BBC News berhubung tindakan tersebut di laman Twitter miliknya semalam.

“Woohooooooo!!!!!!!!,” tulisnya ringkas yang diulang kicau lebih 13,000 kali dan mendapat tanda suka lebih 23,000 kali.

Kebanyakan pengguna media sosial berharap langkah tegas itu diikuti platform-platform media sosial lain terutamanya Facebook, TikTok dan Telegram.

“Tunggu Facebook pula. Harap-harap mereka akan ambil langkah yang sama macam YouTube,” komen @AzimAima.

“Facebook dan TikTok juga. Tolonglah semak setiap kandungan puak ini yang acah-acah islamik. Ustaz dan ustazah saya yang hafal 30 juzuk al-Quran pun ambil vaksin,” ulas @syafley.

“Telegram pun patut buat begini,” sokong @EykaHambally.

“Kita kena main peranan untuk laporkan mereka. Sebab antivaksin Malaysia ini ubah ejaan seperti taip kobid, beksin untuk mengelirukan algoritma,” tulis @mengkudu_masam.

Terdahulu BBC News melaporkan, laman sosial popular itu akan menyekat segala maklumat tidak benar mengenai vaksin Covid-19 selain dakwaan dan tuduhan palsu melibatkan vaksin-vaksin lain.

Menurutnya, YouTube turut menurunkan kandungan video yang melemparkan tuduhan bahawa vaksin menyebabkan autisme, barah dan kemandulan selain tuduhan seolah-olah vaksin menyebabkan kesan kronik kepada penerima.

Polisi baharu itu turut merangkumi penamatan akaun pesohor media sosial antivaksin di laman tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI