fbpx

Hasan Arifin dilantik pengerusi TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasan

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin telah dilantik sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baharu berkuat kuasa esok.

Pelantikan Hasan adalah untuk menggantikan penyandang sebelum ini, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Ogos lalu.

Hasan menerusi kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas kepercayaan dan amanah yang diberikan itu.

“Dalam memegang jawatan ini, saya bertanggungjawab terhadap semua pemegang saham dan lebih utamanya pemegang amanah.

“Terdapat lebih 60 peratus saham TNB dimiliki syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” jelasnya.

Katanya lagi, dia akan meneruskan kecemerlangan yang dicapai pimpinan terdahulu dengan memastikan pulangan dividen adil dan berpatutan kepada semua pemegang saham, selain mengamalkan amalan tadbir urus yang baik, telus serta bertanggungjawab.

Sebelum ini, Hasan, 68, dilantik menjadi Pengerusi Pengurusan Aset Air Bhd. tahun lalu. Beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (1990-1999), Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pahang Tenggara (1995-1998) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2015-2018.

Hasan pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bermula 1991 hingga 1995 dan UDA Holdings Bhd (2010-2015).

Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999) itu memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti kursus Pengurusan di Asian Institute of Management di Manila. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI