fbpx

Irfan kecewa Kuching City terlalu naif diikat Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUDSON DIAS (kanan) berjaya menolak masuk bola untuk gol pembukaan pada aksi antara Kuching City dan Perak FC yang seri 2-2 di Stadium Pasir Gudang kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGENDALI Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim kecewa apabila barisan pemain pertahanan mudah melepaskan dua gol ‘bodoh’ hingga merentap impiannya mengutip tiga mata setelah terikat 2-2 ketika bertemu Perak FC semalam.

Irfan Bakti memberitahu, dua kali pasukannya berada di depan dan dua kali juga skuad The Bos Gaurus mendapat gol penyamaan bagi mengikat kedudukan dalam aksi Kumpulan B yang dilabel sebagai kumpulan maut.

“Saya merasa cukup sedih kerana tidak berjaya mengutip mata penuh lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri. Nak menjaringkan gol bukan senang tapi dalam masa sama kita melepaskan dua gol ‘bodoh’.

“Lebih malang, Hudson Dias yang baru pulih daripada kece­deraan terpaksa dibawa keluar pada pertengahan babak pertama. Kalau dia ada lebih lama, mungkin lain ceritanya,” kata Irfan kepada pemberita selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Irfan Bakti turut menghamburkan pujian kepada pemain anak jati Sarawak yang mempamerkan kesungguhan dan beraksi cemerlang pada perlawanan itu.

Katanya, kesemua pemain akan dibenarkan pulang ke kampung selama seminggu setelah 45 hari berkampung di Pasir Gudang.

Dalam pada itu, Penolong Ketua Jurulatih, Shahrul Nizam Khalil turut berkongsi nada kecewa apabila gagal mencatatkan kemenangan dan terpaksa akur membawa pulang satu mata.

Katanya, ketiadaan penye­rang import, Sergio Aguero menjejaskan tempo permainan pasukan yang dilihat kurang menjadi selain pasukan diperkuatkan dengan pemain muda daripada Perak FC II setelah 80 peratus pemain utama meninggalkan pasukan.

“Perak dibarisi pemain muda yang dibawa naik dari Perak FC II mempamerkan karakter tidak berputus asa hingga mencipta kebangkitan untuk mencuri satu mata.

“Satu mata daripada aksi tempat lawan penting selain memastikan pasukan tidak keciciran mata ketika beraksi di gelanggang sendiri sekali gus menghidupkan peluang untuk mara ke suku akhir,” katanya yang meletakkan Terengganu FC dan Selangor FC sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI